Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kebanyakan pencuci akan menghilangkan bau urea dan warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada.
Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.
Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?
Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?
1) Larutan cuka
Bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50) dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray. Sembur larutan ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dengan menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dengan larutan cuka tadi.
Bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50) dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray. Sembur larutan ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dengan menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dengan larutan cuka tadi.
2) Pencuci enzim
Enzim dalam serbuk atau larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walaubagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya.
Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing bertindak sedemikian?
- Litter box sudah penuh atau terlalu kotor.Kucing adalah haiwan yang pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.
- Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dalam rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.
- Kucing dipindahkan ke rumah atau tempat baru.
- Ada kemasukan ahli keluarga baru (kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil. Kucing pun tahu rasa cemburu!)
- Marking behaviour - Semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina dan menanda kawasan "jajahannya"(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) dapat menyelesaikan masalah ini.)
- Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila rujuk kepada vet jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.