Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST) Adakah sistem cukai selama ini (SST) tidak baik?
Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
- Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
- Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
- Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara.
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga

barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus.
Pelaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi.
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala.
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?

- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
- Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga.
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
- Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
- Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
- Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
- Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
- Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
- Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html
apa pendapat anda?
ReplyDeleteKenapa rakyat malaysia tolak gst..
ReplyDeleteSebab kerajaan bn bodoh.. x pantau betul2.
Masa kita beli barang kat supermarket, baju, baju rm100, berapa gst kita bayar? Rm 6.. total 106.. sepatutnya kita bayar on value added sahaja.. klu supermarket beli baju rm70, dan markup profit jd 100, sepatutnya kita perlu bayar 6% x 30 ja..
tapi realitinya kita bayar 6% on harga 100 tu.. kerajaan kutip tax gst untung gila berganda2..